top of page

Unit Pengurusan Ladang telah menganjurkan Program “Pilih Dan Petik” pada 9 Mac 2021 di Blok N, Unit Pengurusan Ladang, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan.

 

Program ini memberi peluang penyertaan kepada semua staf untuk merasai sendiri pengalaman untuk memlilih dan memetik hasil tanaman sayuran bernilai tinggi yang diusahakan Unit Pengurusan Ladang.

 

3 jenis sayuran jenis salad ditanam iaitu Green Coral Lettuce, Looseleaf Lettuce dan Butterhead Lettuce.

 

Program telah mendapat sambutan meriah dari staf Kampus Samarahan dan Kampus Samarahan 2 yang masing-masing tidak mahu melepas peluang merasai sayur-sayuran segar yang ditanam Unit Pengurusan Ladang.

bottom of page